Share on (141429844):
APAKAH ITU RQ PETROMAX?
RQ Petromax adalah formula unik dari ester semulajadi yang
berkualiti tinggi. Ester adalah bahan asli daripada 100% pati tumbuhan.
Dalam terma yang paling mudah, ester boleh ditakrifkan sebagai bahan yang bertindak balas terhadap petrol ataupun diesel. Pelbagai
jenis ester digunakan secara komersial untuk pelbagai aplikasi, antaranya pembuatan minyak wangi, alkohol dan pembuatan
plastik. Dalam bidang pelinciran sintetik, ester digunakan secara eksklusif
dalam pelincir enjin jet di seluruh dunia selama lebih 40 tahun.
BAGAIMANAKAH RQ PETROMAX BERFUNGSI?
RQ Petromax bertindakbalas dengan tiga cara:
PERTAMA -
Mutu bahanapi adalah tertakluk kepada jenis RON
yang terkandung di dalamnya, semakin kecil bacaan RON
semakin besar rangkaian molikulnya. RQ Petromax adalah untuk merungkai rangkaian molikul tersebut menjadi rangkaian molikul yang lebih kecil supaya jumlah pelepasan oksijen bagi membantu pembakaran akan dapat
bergerak lebih banyak dan dengan yang demikian akan menghasilkan pembakaran yang lebih sempurna.
KEDUA -
RQ Petromax juga berfungsi membersih mendapan-mendapan terutama mendapan karbon dari tangki bahanapi sehinggalah saluran ekzos.
KETIGA -
RQ Petromax juga berfungsi sebagai bahan katalis pelinciran.
Setelah pergerakan enjin menjadi lebih lancar, prestasi
enjin tersebut akan bertambah baik.
BAGAIMANA PENEMUAN PRODUK SEPERTI RQ PETROMAX YANG BERFUNGSI MENGURANGKAN PENGGUNAAN BAHAN
API DAN MENGURANGKAN PELEPASAN KARBON MULA DITEMUI?
Pada asalnya ester dibangunkan untuk tentera AS pada tahun 1944
oleh Morton Z. Ketika itu adalah suasana krisis iaitu apabila pihak
Bersekutu mendapati bekalan petrol dan diesel telah berkurangan.
Keperluan untuk mencari bahan tambahan kepada bahanapi giat
dilakukan kerana kualiti bahan api ketika itu semakin rendah dan
menyebabkan enjin menjadi lebih panas.
Pada tahun 1980-an formulasi asal itu telah dibangunkan semula oleh
Dr Fainman dan dipatenkan sebagai D-1280X dalam tahun
1980-an. Sehingga kini jenama D-1280X adalah jenama yang mashyur
di AS di mana asas teknologi pembuatan sepertinya juga yang
digunakan untuk penghasilan RQ Petromax.
MENGAPA KITA PERLU MENGGUNAKAN PETROMAX?
Kajian saintik telah menunjukkan bahawa RQ Petromax boleh mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHC) dari sektor
pengangkutan. Selain daripada itu pembakaran yang lebih sempurna menyebabkan pengunaan bahanapi yang berkurangan.
Pembakaran yang sempurna juga mampu meningkatkan prestasi enjin dan memberikan keselesaan serta keyakinan pemanduan.
APAKAH PERBEZAAN ANTARA RQ PETROMAX DENGAN PRODUK-PRODUK LAIN YANG ADA DI PASARAN?
Secara umum, kebanyakan produk 'fuel booster' atau 'octane booster' mempunyai fungsi yang sama iaitu bertindak balas secara kimia dan biologi. Perbezaannya ialah jenis ester dalam proses pembuatan produk. Tidak ada satu pun produk 'fuel booster' di pasaran yang mempunyai konsentrasi pada kadar 1ml : 2liter bahan api seperti RQ Petromax. Teknologi yang dibangunkan oleh pakar tempatan ini juga lebih sesuai penggunaannya jika dibandingkan dengan produk-produk dari luar.
BERAPA BANYAK RQ PETROMAX UNTUK ISIAN DI DALAM TANGKI?
Secara umumnya, ia bergantung kepada berapa banyak jumlah pengisian
petrol / diesel di dalam tangki. Sukatan yang tepat adalah 1ml untuk setiap 2 liter petrol/diesel. Walau bagaimanapun disetiap botol RQ Petromax telah disediakan sukatan dengan penandaan liter bagi memudahkan penggunaannya. Disyorkan untuk mengisi RQ Petromax dalam tangki sebelum mengisi bahan api.
BOLEHKAH RQ PETROMAX DIGUNAKAN DI DALAM ENJIN MOTORSIKAL? BAGAIMANA SUKATANNYA?
RQ Petromax boleh digunakan untuk apa sahaja kenderaan yang menggunakan bahan bakar petrol ataupun diesel. Sukatan asasnya adalah 1mm RQ Petromax untuk 2 liter bahan bakar.
BAGAIMANA JIKA TERLEBIH SUKATAN SEWAKTU MENGGUNAKAN RQ PETROMAX?
Ianya tidak memudaratkan enjin dan tidak juga memberi impak
keberkesanan yang lebih baik.
APA AKAN BERLAKU SEKIRANYA KITA BERHENTI DARI MENGGUNAKAN RQ PETROMAX?
Tiada masalah tetapi yang paling ketara anda boleh merasakan
perbezaan pada prestasi kereta kerana prestasi kereta anda akan
berada pada keadaan asal seperti sebelum penggunaan RQ Petromax.
RQ PETROMAX ini sesuai digunakan utk semua jenis kenderaan petrol/diesel (biasa/berprestasi tinggi) dan penggunaan industri (genset dll).
Ada 5 botol didalamnya dgn setiap satu 80ml…
Setiap kotak penggunaannya adalah +- sebulan atau lebih bergantung kpd jenis kereta dan kekerapan isi minyak.
** 1 botol 38ml utk 80 liter minyak petrol/diesel.
Contoh :-
Sekiranya anda isi minyak RM60 (30liter), maka masukkan RQ Petromax 30liter (ikut sukatan pada botol RQ Petromax)
Cara penggunaan adalah seperti berikut:-
1. Campurkan RQ Petromax ke dalam tangki minyak petrol/diesel sebelum mengisi petrol/diesel mengikut jumlah sukatan yg anda dikehendaki.
Masukkan RQ Petromax sebelum mengisi petrol/diesel utk mendapatkan campuran terbaik.
** 1 botol utk 80 liter minyak petrol/diesel.
New products from manufacturers at wholesale prices