Share on (141430782):
APA ITU RQ LUBEMAX?
RQ LUBEMAX adalah katalis dan adetif yang mengandungi molibdenum (Mo) dalam gred tinggi, dicampur dengan astrak minyak tumbuhan melalui proses ester
iaitu suatu senyawa organik yang terbentuk melalui penggantian satu (atau lebih) atom hidrogen pada gugus hidroksil dengan suatu gugus organik (biasa dilambangkan dengan 'R').
APAKAH KELEBIHAN RQ LUBEMAX?
Kandungan utamanya adalah Molibdenum yang mempunyai sifat luarbiasa iaitu boleh menyaluti lapisan keluli maka ianya akan menghalang pergeseran logam ke
logam terutama bahagian yang bergerak membolehkan logam jadi lebih licin seterusnya mengurangkan haba.
PENGGUNAAN RQ LUBEMAX?
RQ LUBEMAX boleh digunakan dengan mana-mana minyak mineral, minyak sintetik atau sintetik campuran mineral.
APAKAH ITU MOLIBDENUM?
Molibdenum (moly) adalah satu pemangkin yang sangat baik kerana moly mempunyai satu titik pengewapan (ketahanan suhu) yang sangat
tinggi iaitu 2623 °C (4753 °F). Moly menahan tekanan sehingga 400,000 paun
per inci persegi dan suhu pada 327°C. Moly mempunyai sifat yang luar biasa untuk menyaluti logam, dan dia tidak akan larut dalam minyak. Ia adalah bahan nano berbentuk bebola yang menjadi pelicin untuk menggurangkan geseran di bahagian enjin. Moly mengurangkan geseran dalam enjin sehingga 60%.
APAKAH FAEDAH LAIN YANG BOLEH DIJANGKAKAN DARI PENGGUNAAN RQ LUBEMAX?
Hasil utama adalah pengurangan geseran. Geseran yang berkurangan akan menyebabkan suhu operasi yang lebih rendah, hakisan dikurangkan, mengurangkan penggunaan bahan api, mengurangkan pelepasan hidro karbon, jangka hayat enjin yang lebih baik, kuasa kuda meningkat dan mengurangkan penggunaan bahan api.
APAKAH KESAN RQ LUBEMAX UNTUK KERETA YANG DIPANDU DALAM TEMPOH YANG LAMA ATAUPUN LAJU?
RQ LUBEMAX akan mengurangkan kenaikan suhu minyak dan suhu udara sebanyak 10% atau lebih apabila kereta dipandu pada tempoh yang panjang dengan RPM yang tinggi. Terdapat juga faktor keselamatan yang perlu dipertimbangkan: pelinciran RQ LUBEMAX kekal berkesan ketika pelincir kehilangan beberapa kecekapan mereka disebabkan suhu yang tinggi. Apabila pelincir di bawah tekanan yang tinggi, ciri-ciri unik RQ LUBEMAX memainkan peranan yang sewajarnya.
KENAPA TIDAK SEMUA JENAMA MINYAK PELINCIR MENGGUNAKAN MOLIBDENUM DALAM PRODUK MEREKA?
Kebanyakan minyak pelincir dibuat untuk memenuhi spesikasi pengeluar kereta. Menggunakan campuran Molibdenum akan mengatasi spesikasi enjin yang
sepatutnya. Molibdenum yang bermutu tinggi seperti yang terdapat dalam RQ LUBEMAX jika digunakan akan menyebabkan kos minyak pelincir
juga akan tinggi.
ADAKAH WARNA RQ LUBEMAX (METALIC) TIDAK AKAN MENJEJASKAN WARNA ASAL MINYAK PELINCIR?
Warna semulajadi RQ LUBEMAX / Molibdenum adalah 'silver metalic'. Apabila dicampurkan dan beredaran dengan minyak pelincir, ia akan menjadikan warna minyak menjadi lebih gelap. Minyak enjin perlu ditukar berdasarkan
perbatuan penggunaan dan berapa lama ianya telah digunakan di dalam enjin; bukan warna semata-mata.
Kandungan Engine Treatment Booster (ETB).Sukatan utk kereta adalah seperti berikut:-
1. 3 liter minyak enjin = 3/4 botol ETB (Kancil)
2. 4-5 liter minyak enjin = 1 botol ETB
3. 6 liter minyak enjin = 1 1/2 botol ETB
4. 8 liter minyak enjin = 2 botol ETB
Sukatan untuk motorsikal pula adalah seperti berikut:-
1. Motorsikal 4 lejang = 5ml ETB
2. Motorsikal 2 lejang = 10ml ETB
CARA PENGGUNAAAN
LANGKAH 1
1. Tekan throttle ke 3,000RPM selama 1 minit.
2. Hentikan enjin
LANGKAH 2
1. Goncang botol sebelum guna
2. Potong muncung botol
3. Picitkan botol dan tuangkan ke dalam enjin melalui saluran lubang penyukat minyak enjin(dip stick)
LANGKAH 3
1. Hidupkan enjin (Ulang langkah 1 di atas)
2. Tekan throttle ke 3,000RPM selama 1 minit.
3. Hentikan enjin
SILAKAN UTK TEST DRIVE UTK MERASAI
1 MINUTE RESULT!!!
UJIAN PENGGUNAAN SEBELUM GUNA:
Enjin kasar, bunyi kuat, bergegar, pejalanan rasa berat, gear susah masuk, dan enjin tersentap2.
SELEPAS GUNA:
KESAN-SERTA-MERTA. Enjin transformasi menjadi senyap, licin, lancar, ringan dan berprestasi tinggi.
New products from manufacturers at wholesale prices